Komunitas Blogger NTT

harus kuat harus kuat harus kuat

Harus kuat
jangan dekat dekat dia lagi
jangan fikir fikir dia lagi
jangan ingat ingat dia lagi
Harus kuat
jangan pernah dial nombornya lagi
agar kamu tak memujuk hati sendiri
pabila panggilanmu dibiar sepi kononnya dia ‘busy’
lepas tu mulalah ‘emo’, benci, benci, benci.
Harus kuat
jangan pernah sms padanya lagi
agar kamu tak ternanti nanti
balasan darinya yang mungkin makan masa setengah hari
itu pun pendek saja seperti ‘ok’, ‘yup‘, atau ‘tak jadi’
agaknya kalau ditambah ‘how are you today?’ mungkin terseliuh jari
Harus kuat
jangan pernah ’stalk’ facebooknya lagi
agar kamu tak ‘jealous’ menyakitkan hati sendiri
ketika status bertukar ganti
di komen terus si gadis misteri
Kerana dia
hanya anggap kamu itu si tukang ‘google’
’search engine’ berupa manusia
maaf! ini bukan operator ‘103′
Kerana dia
hanya anggap kamu itu si ‘yellow pages directory’
Sms atau ‘call’ saja terus diberi informasi
Maka terjadilah kisah ‘apa saja untukmu si jantung hati’
Kerana dia
hanya anggap kamu itu teman untuk bergembira
teman jalan-jalan, teman makan malam atau tengok wayang bersama
selebihnya tak perlu ditanya
nanti di kata tidak menghormati privasi pula
sibuk sibuk nak tahu kenapa?
kita bukannya ada apa-apa
Kerana dia
tak mungkin sedikit pun peduli
kemana kamu sepanjang hari
ke bulan atau ke matahari
bukan urusannya untuk mencampuri
Kerana dia
tak mungkin mengerti
seandainya kamu itu rindu setengah mati
setiap waktu berharap dia akan menghubungi
tak perlu lama, sebentar pun memadai
Harus kuat
kerana
‘there’s nothing more you could’ve done’
kamu tak mungkin menjadi ‘the one’
betullah orang kata…
‘the game of love is never fair’
bila ternyata ‘he doesn’t care’